Saturday 22 January 2011

Kekalahan PFA kedua tahun 2011

Jumaat,
Padang Brunei Shell Recreation Club,

PFA 2 BRUNEI SHELL FT 4



Kekalahan 2-4 PFA kepada pasukan Brunei Shell FT malam tadi merupakan kekalahan kedua buat pasukan PFA bagi tahun 2011 ini. Pada babak pertama, PFA sekurang-kurang nya berjaya menyekat kesebelasan pilihan utama pemain Brunei Shell FT yang sedang membuat persiapan untuk B-League pada tahun ini.

Gol awal mudah dijaringkan dari pasukan Brunei Shell FT apabila penjaga gol PFA gagal menyelamatkan gawang dengan sempurna. Percubaan demi percubaan telah dilakukan oleh pasukan PFA namun gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang keemasan untuk memperolehi gol. Beberapa minit kemudian, PFA berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan cantik jarak jauh sepakan percuma dari Aziz dan sekali lagi berjaya mendahului dengan jaringan 2-1 hasil sepakan penalti yang diambil oleh Boi. Sungguhpun PFA berjaya mengawal permainan dengan baik, nasib tidak menyebelahi pasukan PFA kerana Brunei Shell FT mampu mencuri 2 gol sebelum separuh masa pertama selesai dengan mendahului PFA 3-2.

Keadaan berubah sukar buat PFA di separuh masa kedua apabila gagal untuk mengambil peluang untuk mencuba mengatur permainan dan rentak apabila Brunei Shell FT hampir tidak menurunkan pemain-pemain utama mereka. Beberapa insiden pertengkaran telah berlaku diantara pemain-pemain Brunei Shell FT dan PFA namun segalanya dapat dikawal dengan baik walaupun keadaan sudah menjadi tegang. Namun pertahanan PFA hanya mampu bertahan sehingga di akhir permainan, Brunei Shell FT berjaya merembat satu gol kemenangan. Keputusan penuh, PFA 2 Brunei Shell FT 4.

1st Half:
GK - Pin
CB - Boy
CB - Nabil
RB - Aziz
LB - Alai
RW - Nameng
LW - Juan (Boy Habs)
CM - Dillah
CM - Japni
CF - Hj Azim
CF - Duan (Boy)

2nd Half:
GK - Pin
CB - Alai
CB - Nabil (Sharul) (Nameng)
RB - Aziz (Nasri) (Nabil)
LB - Boy Habs
RW - Qayyum (Arif) (Qayyum)
LW - Bebek
CM - Duan (Hj Azim)
CM - Japni
CM - Dillah
CF - Najib







No comments:

Post a Comment